Pesanan Untuk Orang Cantik
Setiap orang
adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak
ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah
ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk,
hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah
hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana
keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah
berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini.
Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada
diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.
Orang cantik
fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan
begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,
bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa
susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh
ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah
halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan
kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.
Kisah hidup
orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas
rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi
gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita
itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah
wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham
kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya
terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi
dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam
hatinya.
Wahai orang
cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran
manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan
anda membuktikan kekuasaan Allah
No comments:
Post a Comment