Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh
kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang
dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.
Memiliki perasaan
ingin mencintai dan dicintai adalah sesuatu yang lumrah sifatnya. Tidak
terkecuali bagi remaja yang cukup terkenal dengan sikap gemar mencuba.
Termasuklah melibatkan soal cinta. Merasai dan menjadi sebahagian daripada
pemain watak dalam kisah bertemakan mainan perasaan dan jiwa, tentu menimbulkan
kemahuan yang tinggi dalam diri mereka.
Apatah lagi kerap dimomok dengan keindahan jalan cerita drama, fi lem,
novel ataupun kisah kawan-kawan yang cukup berbunga-bunga, hati mula
melonjak teruja. Alangkah indahnya bercinta! Mengetahui apa itu
cinta. Mudahnya melafazkan kata cinta namun tidak mengetahui mengapa dan
kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah. Bagi yang
sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.
Namun harus diingat soal bercinta bukan semata-mata kerana sayang. Tapi bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang terjalin akan terus dibawa hingga ke gerbang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui sebaiknya. Itu paling penting, agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan seterusnya sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Bersandarka Allah
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang daripada Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya
segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu
kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan
kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat
cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang
menciptakan segala cinta.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada
setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan.
Cinta penuh dengan air mata, mainan perasaan dan getaran yang memilukan h
No comments:
Post a Comment