1. Bertakwa.
2. Beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari
kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi
bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad
adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan
Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat
Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah
melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar
membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika
sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7.
Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat
baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk,
serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung
tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang,
menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam
segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga
lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang
lain (ghibah).
No comments:
Post a Comment